Pasangan Suami Isteri Yang Juga Artis Terkenal Di Kompaun Dan Dugaan Kemalangan Jalan Raya

Meletoop membawakan kisah pasangan suami isteri yang telah mewarnai dunia hiburan tanah air dengan kontroversi yang tidak kurang hebatnya beberapa bulan yang lalu

Dan hari ini media melaporkan pasangan suami isteri yang juga artis popular tanah air telah dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di sebuah premis makanan di Kuala Lipis,Pahang baru-baru ini.

Sarah berkata, perkara itu menjadi pengajaran buat dirinya dan suami dan berharap orang ramai akan terus patuh pada SOP ditetapkan kerajaan.

“Kami singgah makan di restoran di tepi jalan selepas selesai menguruskan banyak perkara. Kami mohon maaf. Ini adalah pengajaran untuk kami dan harap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa patuh SOP.

“Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?” katanya.

Dalam masa sama, Sarah dan suami juga turut berdepan dugaan lain ketika dalam perjalanan ke majlis pembukaan cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, Kelantan.

Sarah berkata, salah seorang kakitangan Bubble Bee terbabit dengan kemalangan jalan raya namun bersyukur tiada kecederaan serius berlaku. 

“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelanan untuk pembukaan di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan. Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan sudah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua cawangan baru di sana.

“Mulanya, pekerja kami terbabit dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin. Berderau darah saya bila dapat berita itu. Alhamdulillah syukur sangat kerana hanya kereta sahaja yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius. Jadi, perjalanan kami diteruskan,” katanya.

Menurut Sarah, dia bersyukur apabila majlis pembukaan dua cawangan itu berjalan lancar.

Dalam perkembangan kes tidak patuh SOP ketika berada dalam restoran,Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.”Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit dalam akaun Facebook miliknya.Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.