Hannah Delisha Buat Kejutan Di IG,Memuat Naik Gambar Nikah Dengan Pasangan Hidupnya

Pelakon cantik berasal dari Singapore yang turut menempah nama dalam dunia lakonan di Malaysia, Hannah Delisha membuat kejutan dengan berkongsi beberapa foto pernikahan dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Imam Shah.

Gambar Majlis Nikah Hannah Delisha Dan Imam Shah

Menurut sumber,Imam Shah juga merupakan seorang pelakon lagak ngeri, model dan juga pemilik sebuah gimnasium di Singapura.

Berita gembira dua pasangan sejoli ini dikongsi di laman

instagram mereka masing-masing  lebih kurang jam 3 petang tadi.

Hannah Delisha dalam hantarannya “Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,” tulis pemilik nama penuh Hannah Adlina Blackburne itu.

IG Milik Hannah Delisha Dibanjir Komen Dari Peminat
Dalam Instagram Imam pula,pengantin lelaki itu turut memuat naik gambar sedang mengaminkan doa dan menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang popular menerusi drama Cinta Sekali Lagi itu.

Dengan sertai caption“Ianya sentiasa awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Saya cintakan awak, Hannah Delisha

Hantaran Imam Shah Di akaun Instagram

Difahamkan majlis tersebut diadakan di tanah kelahiran Hannah, di Singapura.

Hantaran Delisha dan suaminya itu turut  dihujani ucapan tahniah dan pengikutnya mendoakan kebahagian pasangan pengantin baharu itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *