Sedih Bunga Citra Lestari Peluk Erat Noah Semasa Ziarah Kubur Ashraf Sinclair

Hello Word..

Dua hari lepas genap setahun pelakon popular Malaysia yang melebarkan karier seni ke Indonesia sehingga bertemu jodoh dengan penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari meninggal dunia.

Dunia hiburan tanah air,Indonesia mahupun seantro dunia dikejutkan dengan berita sedih ini,apatah lagi Asyraf dikhabarkan tidak ada sejarah sakit yang teruk.

Dan genap setahun itu juga balu arwah Bunga Citra Lestari  masih terasa kehilangan suami tersayang.

Noah bersama ibunya BCL sempat menziarahi kubur ayahnya pada ulangtahun kematian pelakon popular itu.Semasa berada dikubur BCl dan Noah sempat berkongsi saat sedih dengan pengikut di Socmed.

Ada beberapa gambar yang dikongsi oleh BCL, salah satunya adalah ketika dia memeluk Noah dengan erat di depan kubur.

“Hai Ayah, sudah setahun sejak kau pergi .. Hari ini, kami hanya ingin memberitahu bahawa ini bukan tahun yang mudah bagi kami, tetapi kami baik-baik saja. Kami sedang berusaha … Jadi, jangan risau tentang kami .. Kami mendoakan anda kehidupan yang indah di sana .. Kami merindukan anda, “tulis Bunga Citra Lestari dalam kapsyen bahasa Inggerisnya.

Sebelum ini, ibu kepada Ashraf,Dida Sinclair,mengenang kematian kematian anaknya yang genap setahun dengan cara yang begitu indah. Mertua BCL membuat catatan di Instagram pada masa satu tahun kematian Ashraf Sinclair. Sambil menunjukkan lukisan orkid putih yang dikhaskan  untuk Ashraf Sinclair. Lukisan itu juga dihiasi dengan doa yang ditulis untuk Ashraf Sinclair.

Lukisan Khas Untuk Ashraf – Sumber dipetik dari instagram Dida Sinclair

BCL akui  dapat menerima pemergian Ashraf dari awal walaupun merasa terkejut dan hancur. Tetapi yang membuatnya sedih adalah anaknya membesar tanpa ayahnya disisi.

Memetik kata-kata BCL di Youtube “Sedih, sakit, macam-macam ya. Hanya penerimaan sudah ada di depan. Tetapi sebagai seorang ibu, untuk memikirkan kehidupan anaknya, itulah yang sukar. Sungguh sukar bagi saya untuk menerimanya. Sampai sekarang, jika anda melihat Noah masih seperti, saya masih mempunyai ayah. Saya. Ashraf masih mempunyai ayah. Anak saya tidak mempunyai seorang, “katanya di akaun YouTubenya baru-baru ini.

Ashraf Sinclair meninggal dunia secara mengejut pada 18 Februari 2020 di rumah kediaman bersama isterinya Bunga Citra Lestari Indonesia dan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat-Meletoop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *