“Kalau Terdesak Namanya Melacur Diri Dan Lebih Baik Berbogel”Artis Ini Tercabar Dengan Kecaman Netizen

PELAKON   seksi yang kini menetap di Perth Australia, selepas penularan pandemik COVID-19, sejak setahun lalu, Raja Ilya, 36, tidak lepas cengkaman kontroversi.

Pelbagai isu tular mengaitkan nama isteri kepada Trent Garret itu termasuk isu perbandingan majlis perkahwinan di Malaysia dan luar negara ketika pandemik COVID-19.

Kata Alya dipetik dari satu sumber “Seperti kenyataan saya sebelum ini, itu adalah gambar hiasan. Dan, mungkin ada yang ingat dua gambar yang dimuat naik itu diambil ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Sebenarnya, ia gambar lama. Ia memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan majlis perkahwinan pada saat ini. Apabila dikaji semula, dalam 40 peratus netizen menghukum saya dengan kata kesat.

“Selebihnya, kebanyakan warga Malaysia berbangsa Cina dan India cuba memahami netizen yang melihat dari sudut negatif di platform lain.

“Saya ada muat naik video dalam Instagram (IG) untuk menjelaskan perkara sebenar, sekali gus memohon maaf kepada netizen yang kurang selesa dengan entri berkenaan,” katanya

Tidak kurang juga,netizen hangat mempertikai imej Raja Ilya yang dikatakan semakin seksi.Hingga ada yang melemparkan tanggapan pelakon filem KL Vampires itu selesa berpakaian mencolok mata dan ‘daring’ selepas terikut-ikut dengan gaya kebaratan memandangkan suaminya berbangsa asing.

Namun Raja Alya membidas “Kalau terdesak namanya melacur diri dan lebih baik berbogel. Bagi saya, seksi sangat subjektif. Saya suka berpakaian menunjukkan bentuk badan dan singkat sejak awal menceburi bidang lakonan.

“Istilah seksi pemahaman sangat luas. Ada berpakaian sopan, tetapi tetap nampak seksi daripada pandangan mata seseorang. Seksi tidak terbatas kepada konsep mendedahkan kulit atau berpakaian sendat sahaja,” katanya.

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad juga menafikan terikut-ikut budaya barat.

“Budaya barat ini sudah sebati dalam hidup saya sejak kecil. Apabila berkahwin dan tinggal di luar negara, barulah saya sedar betapa ceteknya pemikiran dan naifnya saya.

“Saya mudah percaya apabila ada yang mengatakan orang barat jahil dan macam-macam lagi. Saya percaya orang lain pun beranggapan sama, kita suka sangat menghukum.

“Saya nak memperbetulkan tanggapan salah ini. Hakikatnya, orang barat juga ada kepercayaan dan agama. Kebanyakannya, beragama Kristian dan lain-lain. Sama seperti negara kita ada pelbagai agama dan bangsa. Mereka juga ada yang kuat agama dan menjunjung budaya sendiri,” katanya.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, ada yang pantas membuat penilaian dan menganggap orang barat jahil dan jahat apabila melihat sesuatu perkara.

“Diakui, memang ada yang hidup tanpa agama dan kepercayaan di luar negara.

“Tetapi, kita tidak boleh menghukum sesebuah negara disebabkan segelintir tidak beragama. Rumusannya, kita kena fikir positif, banyak membaca dan menambah ilmu. Jangan cepat menghukum,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas usahanya untuk kembali ke Malaysia, Raja Ilya berkata, dia belum dapat memberi jawapan pasti.

“Genap setahun saya berada di Perth pada 15 Februari lalu. Jika boleh, saya memang nak balik Malaysia secepat mungkin seandainya pintu sempadan dibuka.

“Tetapi, saya berhati-hati, bimbang tersilap percaturan akan membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Raja Ilya berkahwin dengan Trent Garrett seorang ahli perniagaan dari Australia pada 23 Disember 2018 di Perth,Australia,manakala pada 19 September 2019 berlangsung resepsi yang cukup meriah dan mewah di Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang.

Pada awal bulan ini,netizen hangat mengecam Raja Ilya ekoran tular perkongsian pelakon itu tentang perbandingan majlsi perkahwinan di Australia dan Malaysia semasa pandemic covid-19 dan penampilan yang cukup seksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.