Saya Okey Sekiranya Watak Dilakonkan Perlu Melakukan Babak Panas Atau Ranjang
Satu kemestian seorang manusia, sentiasa mencari dan ingin mengejar sesuatu untuk dicapai sebagai kepuasan.
Berbicara lebih lanjut berkaitan itu,meletoop mengupas satu catatan HibGlam baru-baru ini mengenai seorang pelakon yang berasal dari Kuching Sarawak.
Pemilik nama Jasmine Suraya yang pernah membintang filem Paskal mengatakan masih mendambakan kepuasaan sebagai anak seni yang belum mencapai tahap yang diinginkannya. terutamanaya kefasihan bertutur dalam bahasa melayu.
Lebih dari itu wanita genit itu tidak menolak sekiranya dia perlu melakonkan babak panas atau ranjang dalam mana-mana naskhah drama atau filem kerana meninginkan kelainan.
Tutur pemilik nama penuh Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu, dia sanggup melakonkan babak berkenaan sekiranya adegan tersebut memperkuatkan lagi jalan cerita sesebuah karya.
“Ya, saya okey sekiranya watak yang dilakonkan perlu melakukan aksi atau babak panas.
“Syaratnya, adegan tersebut dilakukan sebagai sebahagian jalan cerita dan bukannya untuk melariskan naskhah berkenaan semata-mata,” tutur wanita berusia 31 tahun baru-baru ini.
Menganggap adegan sebegitu sebagai satu cabaran, pelakon drama Adellea Sofea itu mengatakan tanggungjawab sebegitulah yang mahu disambutnya bagi melengkapkan portfolio seni.
Ujarnya, jika tidak sanggup berbuat demikian, dia mungkin tidak tahu tahap kemampuan diri sebagai pelakon.
“Tidak semestinya berlakon babak panas, terus digelar sebagai pelakon lucah. Adegan tersebut bukannya dilakukan betul-betul, hanya teknik kamera sahaja.
“Sebagai pelakon, memang itu antara perkara yang saya akan lakukan. Mengapa tidak?,
“Setiap pelakon pasti inginkan kelainan dalam perjalanan karier mereka. Jadi, jika saya berpeluang untuk tampilkan kelainan, babak panas ialah salah satu daripadanya” katanya lagi.
Menghangatkan situasi, sekitar Januari lalu, Jasmine juga pernah menyuarakan hasrat untuk melakonkan babak panas dengan hero kegemaran Malaya, Remy Ishak.
- Pengakuan Elizabeth Tan Isu Adegan Berciuman
- Suami Dayus Biarkan Isteri Berpeluk Dengan Suami Orang,Pelakon Cantik Ini Dikecam
- Elyana Kembali Tidak Bertudung,Punca?
- Filem Pasir Salak King Of The River
- Langgar SOP : Netizen Mohon Siasat Dan Saman Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza
Ujarnya idea pemilihan Remy sebagai pasangan impiannya bukanlah sekadar main petik, sebaliknya dia mempunyai alasan tersendiri.
“Saya bukannya main sebut sahaja nama Remy. Jujurnya dia pelakon lelaki yang saya ingin bekerjasama satu hari nanti.
“Dia antara pelakon lelaki yang sehingga kini masih kekal dalam kelasnya. Jarang melihat dia berlakon sebagai ayah atau orang tua.
“Bagi saya, karakternya yang sangat seksi dan misteri itu sangat sesuai sekiranya dia jadi pasangan saya bagi adegan berkenaan. Panasnya!,” ujar Jasmine dengan nada teruja.
Mengakui seronok dengan kecaman yang diterima selepas menjayakan karakter antagonis dalam drama Bidadari Salju dan Adellea Sofea , Jasmine berasa puas apabila lakonannya berbekas di hati penonton.