Pakai Kerongsang Dijari Semata-Mata Ingin Tular Di Socmed

Vida sebelum ini memuat naik sebuah video TikTok bersifat lelucon tentang dirinya yang masih single sambil menayangkan barang kemasnya, termasuk sebentuk cincin besar yang dikatakan berbentuk kerongsang atau brooch.

Susulan dari video pendek tik tok itu,media tertarik untuk menghubungi usahawan kosmetik itu dan bertanya beberapa soalan panas.

“Mana ada brooch (kerongsang)! Itu cincin rekaan saya. Saya seorang sahaja yang pakai kat Malaysia.

Demikian jawapan jutawan kosmetik sensasi sejurus ditanya mengenai brooch yang dipakainya dalam video itu.

Kata Vida atau nama lengkapnya, Hasmiza Othman, 50, dia tidak akan tergamak memakai kerongsang di jari semata-mata ingin tular dalam media sosial.

“Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas.

“Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar,” katanya ketika dihubungi

Video Tik tok Vida itu menarik perhatian netizen sambil memperlekehkan cincin yang dipakainya dalam muat naik video TikTok berkenaan.

Selain itu,meminta komen berhubung kritikan lazim yang sering dilemparkan kepadanya iaitu ‘money can’t buy class’ (duit tak boleh beli darjat), jawab Vida: “Orang yang tak mampu memanglah cakap ‘no class’, cuba kalau mampu, macam mana? High classlah!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *