Nadia Brian Nafi Curang Dengan Suami
CURANG dan menduakan suami atau isteri bukan sesuatu yang asing dewasa ini dan bukan juga tuduhan ringan,
Sesiapa yang terpalit dengan situasi sebegini pasti merasa kesan pada jiwa atau karier seorang samada benar atau sebaliknya.
Tidak dinafikan golongan artis adalah yang selalu mendapat publisiti terkait isu ini jika disensasikan.
Meletoop memetik satu perkongsian media,yang mana pelakon sensai ini pernah dikaitkan berlaku curang terhadap suaminya.
Lebih memeritkan dakwaan tersebut keluar dari bibir suaminya sendiri.
Namun itulah persoalan ditanggung si jelita bernama Nadia Brian ini apabila rumahtangga yang tidak sampai setahun yang dibina bersama Muizz Nasarudin pada 9 November 2019 berantakan sejak akhir tahun lalu angkara orang ketiga seperti mana tuduhan yang dilemparkan suaminya.
Benar, setiap orang inginkan rumah tangga yang harmoni dan berpanjangan hingga ke syurga. Sayangnya, angan-angan tersebut tidak dapat direalitikan dalam pelayaran bahtera perkahwinan Nadia.
Tersenyum manis ketika ditebak soalan tentang kontroversi rumah tangganya oleh pihak media,Nadia menjawab dia tidak pernah menyalahkan takdir mahupun Muizz dalam masalah tersebut dan sedikit pun tidak menyimpan dendam bahkan mengalihkan semua memori hitam tersebut sebagai titik permulaan dunia baharunya.
Si Jelita ini menambah,tidak pernah menyesali perjalanan berliku dalam kehidupan rumahtangganya dan menganggap semua yang berlaku sebagai aturan Tuhan agar dirinya kembali muhasabah diri atas kekurangan dan kesilapan lampau.
Menurut sumber itu,Nadia tidak lagi menetap sebumbung, bersama suami dan sedang menghitung hari menunggu tarikh sebutan kes perceraian di Mahkamah Syariah untuk menoktahkan episod duka tersebut.
Namun nadia menyatakan statusnya,masih bergelar isteri orang tetapi gelaran tersebut bakal berakhir tidak lama lagi apabila pihak mahkamah memanggil untuk sebutan kes.
Menurut Nadia,proses perbicaraan tertangguh semasa Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan sebutan kes pun lambat untuk diselesaikan sambil menyatakan dia juga sudah lama tidak berhubung denga suaminya.
Mengarahkan persoalan tentang punca keretakan rumahtangga,pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu tidak menolak antara penyumbang pergolakan rumah tangganya ialah perkenalan yang terlalu singkat bersama Muizz.
Sebaliknya Nadia menafikan semua tuduhan yang didakwa oleh Muizz terhadapnya sebelum ini.
“Semua tuduhan tersebut tidak benar. Saya diam bukan kerana salah tetapi tidak suka hendak jaja cerita masalah rumah tangga atau aib orang lain kepada umum.
Disebalik krisis menimpa rumahtangga pelakon ini, jauh di sudut hati wanita ini ingin mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal sehingga ke syurga.
“Sudah tertulis perjalanan rumah tangga saya akan berakhir begini. Siapa yang tidak mahu bahagia? Saya reda dan sudah move on,” katanya kepada Pose baru-baru ini.
“Apabila sudah jadi begini, saya ambilnya sebagai satu pengajaran dan mulakan hidup baharu. Mudah kata, belajar untuk lebih muhasabah diri, mungkin ada sebab Tuhan berikan ujian ini,” ujarnya.
Mengalihkan persoalan tentang perkembangan seni pelakon ini,drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri gandingan bersama Sharifah Sakinah dan Datuk Adi Putra sedang hangat ditayangkan dalam slot Samarinda TV3.
Nadia memegang karakter sebagai Raihana seorang wanita yang disihir dan ditindas merupakan watak paling sukar pernah dilakonkannya sepanjang bergelar aktres sejak lima tahun lalu.
- Pengakuan Elizabeth Tan Isu Adegan Berciuman
- Suami Dayus Biarkan Isteri Berpeluk Dengan Suami Orang,Pelakon Cantik Ini Dikecam
- Elyana Kembali Tidak Bertudung,Punca?
- Filem Pasir Salak King Of The River
- Langgar SOP : Netizen Mohon Siasat Dan Saman Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza
Tetapi dia melahirkan rasa gembira kerana dipilih untuk menjadi sebahagian daripada drama tersebut.
Mengakhir temubual itu, Nadia bersyukur kerana masih diberi kepercayaan menjadi teruja utama dalam beberapa buah drama, Nadia berkata bukan mudah untuk mengekalkan relevansi sebagai pelakon dalam industri seni tanah air.
Pingback: Nadia Brian Minta Bekas Suami Pulangkan 19 Kotak Barang Miliknya - Meletop