Seksi Melampau,PU Tegur Sharifah Sakinah
SEKSI dan menjolok mata di media sosial menarik perhatian seorang Pendakwah menegur dengan mengutuskan surat kepada pelakon ini.
Sharifah Sakinah memang tidak asing dengan dunia kontroversi dan seksi namun sikapnya yang tidak segan silu memuat naik gambar dengan aksi adalah tidak wajar apatah lagi sebagai muslimah.
Justeru itu PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi surat terbuka kepada Sakinah menasihatkan pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu agar tidak memberikan pengaruh negatif terhadap netizen dengan aksi-aksi seksi yang sering dimuat naik dalam laman sosial.
“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut dalam Instagram, saya ingin tegur perbuatan puan kerana pasti akan ada yang terikut-ikut dengan gaya hidup puan ini.
“Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari,” tulis juara Pencetus Ummah musim ketiga itu perkongsian Instagramnya.
Menerusi kiriman tersebut, Syed menegaskan, tegurannya bertujuan menyelamatkan aktres itu daripada terus hanyut dalam ujian dunia.
“Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan dan nasab yang mulia. Maka saya rasa perlu untuk menegur puan kembali ke jalan yang sebenarnya.
“Inilah cara kita sesama Islam untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam ujian duniawi,” ujarnya sambil menyatakan belum terlambat untumadik Sharifah Shahira itu menunjukkan sifat mulia kepada pengikut Instagram.
Sementara itu, Sakinah menyambut baik teguran PU Syed dengan memuat naik semula surat teguran tersebut menerusi Instagramnya.
Bersikap terbuka, Sakinah turut memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Pingback: Engku Imran Bakal Berkahwin Dengan Bekas Isteri Sharnaaz Ahmad - Meletop
Pingback: Hiburan - Khabar Penyanyi Irwansyah Meninggal - Meletop