Rindu Awak Separuh Nyawa

RINDU AWAK SEPARUH NYAWA bakal menemui penontan pada 23 Mac ini melalui slot Megadrama terbitan  SR One Sdn Bhd dibawakan oleh gergasi syarikat penyiaran Astro

Drama bersiri 40 episod yang mengangkat genre romantik itu diterbitkan diarahkan pengarah yang tidak asing lagi, Along Kamaludin.

Teraju utama naskhah drama ini menyaksikan gandingan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose,selain itu turut dibarisi pelakon yang tidak kurang hebatnya antaranya Norreen Iman, Marsha Milan, Fizo Omar, Aida Khalida, Khairil Anwar Aman, Rahim Jailani, Norkhiriah, Aleza Shadan dan Balkisyh Semundur Khan.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose selaku teraju utama.

Kemampuan kedua-dua pelakon popular ini untuk menghidupkan watak Nazril Nazim dan Kasih Maisara sekali lagi membuktikan kredibiliti mereka sebagai pelakon versatil.

Rindu Awak Spearuh Nyawa mengisahkan Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya.

Pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Saksikan drama Rindu Awak Separuh Nyawa, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam secara secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *