Khabar Penyanyi Irwansyah Meninggal
MINGGU ini dunia hiburan dikejutkan dengan khabar angin bahawa penyanyi dan juga pelakon, Irwansyah telah meninggal dunia.
Namun kenyataan dan laporan itu dibidas dan dinafikan oleh suami kepada Zaskia Sungkar dan mengatakan berita itu adalah satu pembohongan besar.
“Saya semakin tidak faham bagaimana berita tersebut boleh tersebar,” kata Irwansyah menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam InstaStorynya.
Bagaimanapun, kenyataan sebenar terjawab kerana ‘Irwansyah’ yang dikatakan meninggal dunia merupakan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dari Desa Bojong Kulur, Gunung Putri, Bogor, Jawa Barat.
Difahamkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik.
- Langgar SOP : Netizen Mohon Siasat Dan Saman Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza
- Nadia Brian Minta Bekas Suami Pulangkan 19 Kotak Barang Miliknya
- Nonny Terima Kecaman Netizen Lakukan Publisiti Murahan
- Ernie Zakri Sah Milik Syamel
- Khabar Penyanyi Irwansyah Meninggal
“Saya terkejut apabila dimaklumkan diri sendiri telah meninggal dunia.
“Ternyata orang yang sebenar ialah seorang kanak-kanak yang memiliki nama sama seperti saya,” ujarnya.-agensi