Nonny Terima Kecaman Netizen Lakukan Publisiti Murahan

Pelakon dan penyanyi suam suam kuku,Nonny Nadirah terus mengundang perhatian netizen dan mencetuskan tanda-tanya ramai apabila memuat naik sebuah video pendek sedang berendam dalam baldi menampakkan bahagian belakang badannya tanpa seurat benang.

Memetik sumber sahih, Nonny atau nama lengkapnya, Nonny Nadirah Zainuddin, 31, dalam video itu turut menyertakan kapsyen ‘soap’ (sabun) bersama emoji perkataan terbabit.

Bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu turut menyelitkan akaun Instagram sebuah produk kesihatan, Jamu Jus Mandak.

Perkongsian mengejutkan yang disifatkan sebagai publisiti murahan oleh kebanyakan netizen itu turut terus meremukkan hati rakan baiknya juga penyanyi dan usahawan berjaya, Mila Jirin.

Kata Mila, dia sudah penat menegur Nonny dan kini sepertinya sudah tidak mempunyai kudrat lagi untuk terus berbuat demikian.

“Aku sudah tak nak tegur. Aku sudah tak nak cakap. Aku dah penat menangis untuk kau sahabat.

“Punya ramai DM dan komen maki hamun aku sebab aku tegur kau secara terbuka. Aku pula yang stress (tertekan). Ada sebab aku loud (bising).

“Aku tak perlu publisiti pun sepertimana orang kutuk aku. Aku telan orang maki aku. Aku dah tak mampu buat apa. Mungkin 1 juta followers yang kau impikan,” ujar juara AF5 itu dalam satu hantaran Instagram malam tadi.

Dalam perkongsian sama, Mila bagaimanapun tetap menitipkan doa buat temannya itu.

“Aku cuma ada doa. Aku doa moga Allah jentik hati kau. Aku doa Allah ketuk kepala kau. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau,” tulis Mila.

Terdahulu, Nonny yang sebelum ini bertudung mencetuskan kontroversi apabila berkelakuan ‘aneh’ dalam Instagramnya dengan memuat baik video berdurasi 48 saat memaparkan seorang wanita berbaju putih berpenampilan seksi dan mengenakan stokin jaring.

Rata-rata netizen percaya wanita dalam video berkenaan ialah Nonny.

Sehubungan itu, Mila melahirkan kebimbangan secara terbuka dengan menegur wanita itu termasuk meninggalkan kata-kata motivasi buat sahabat baiknya.

Selain Mila, bekas kekasihnya, Niezam Zaidi turut mendoakan yang terbaik untuk Nonny. Niezam yang juga seorang pelakon itu seperti tidak percaya perubahan yang berlaku sehingga menyifatkan Instagram Nonny telah digodam individu tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published.