Elyana Kembali Tidak Bertudung,Punca?
Dunia hiburan digemparkan dengan penampilan tidak berhijab penyanyi dan pelakon, Elyana tidak memakai tudung yang mana menerima kecaman dan tohmahan netizen selepas sekeping fotonya tidak berhijab tular di media sosial.
Elyana ketika ditemui pada Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) berkata dia sudah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan itu dan berharap agar orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dirinya.
Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu juga memaklumkan dia sudah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan itu dan berharap agar orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dirinya.
- Pengakuan Elizabeth Tan Isu Adegan Berciuman
- Suami Dayus Biarkan Isteri Berpeluk Dengan Suami Orang,Pelakon Cantik Ini Dikecam
- Elyana Kembali Tidak Bertudung,Punca?
- Filem Pasir Salak King Of The River
- Langgar SOP : Netizen Mohon Siasat Dan Saman Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza
“Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, Alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia enggan mengambil pusing kecaman netizen dan menganggap tiada keperluan untuk dirinya menerangkan kepada golongan itu yang tidak memahami dan akan sentiasa memandang negatif bagi setiap tindak tanduknya.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.
“Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami,” katanya lagi.
Pada masa yang sama, Elyana juga memberitahu dia sudah penat menjaga hati orang lain dan kini akan lebih fokus terhadap perasaan dan jiwa sendiri.
“Dalam hidup saya tidak pernah rasa penyesalan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya.
“Sebelum ini saya hanya mementingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat,” ujarnya. – Meletoop