Suami Dayus Biarkan Isteri Berpeluk Dengan Suami Orang,Pelakon Cantik Ini Dikecam
Babak mesra pasangan kekasih dalam sesebuah drama atau filem bukanlah benda baharu yang dilakonkan oleh pelakon untuk menghidupkan lagi jalan cerita.Tidak kurang juga insudtri perfileman tanah air terkadang menyelitkan aksi-aksi mesra dan ghairah hanya kerana menuruti skrip jalan cerita.
Cuma kadang-kala babak mesra yang dipamerkan itu boleh menyakitkan mata penonton, lebih-lebih lagi kalau melibatkan aksi berpelukan sehingga mengundang rasa mual netizen.
Isu terbaharu,pelakon Emma Maembong dan Shah Jaszle pula menjadi sasaran kecaman masyarakat selepas tular sebuah video memperlihatkan aksi kedua-duanya menari sambil berpelukan dengan memakai pakaian pengantin.
- Pengakuan Elizabeth Tan Isu Adegan Berciuman
- Suami Dayus Biarkan Isteri Berpeluk Dengan Suami Orang,Pelakon Cantik Ini Dikecam
- Elyana Kembali Tidak Bertudung,Punca?
- Filem Pasir Salak King Of The River
- Langgar SOP : Netizen Mohon Siasat Dan Saman Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza
Difahamkan, aksi tersebut dibuat bagi menjayakan babak dalam drama Mati Pucuk. Apa yang membuatkan netizen ‘panas hati’, kedua-duanya berstatus isteri dan suami orang, namun tidak meletakkan batas sehingga mengundang kritikan.
Kalau setakat bersentuhan dengan berpegangan tangan mungkin boleh dimaafkan, tapi ini sudah sampai tahap peluk sehingga hampir hendak tercium!
Malah, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan seronok boleh peluk-peluk ‘free’. Tak kurang juga ada yang mempersoalkan mengenai perasaan suami dan isteri kedua-dua pelakon itu.
“Kasihan pasangan masing-masing. Apa yang aku boleh cakap ialah dayus. Sebab suami yang membiarkan isterinya membuka aurat, bersosial tanpa batasan adalah suami dayus,” kata seorang netizen.
“Sedih tengok. Macam tak ada apa-apa berlaku. Tak rasa segan silu,” tegur seorang lagi netizen.